topik ini sekadar utk memotivasikan diri sendiri..huhuhu...bukannya apa, dah hujung tahun ni kena le sentiasa memotivasikan diri..sebagai persediaan utk masuk tahun baru (
lagi sebulan je nak masuk tahun 2011)...umur makin meningkatkan ke satu tangga lagi...harapnya pemikiran pun akan matang seiring ngn umur..usaha juga semakin meningkat ke tahap yg tertinggi...
kekadang bila aku tgk je kejayaan seseorg..timbul rasa 'irihati'...irihati dengan kejayaan orang itu...irihati di sini..bukan le bermaksud ke arah negatif ok..tapi lebih kepada ke arah positif...dimana kita jugak mahu berjaya seperti dia tapi dgn cara kita sendiri...dimana kejayaan orang itu kita ambil sebagai contoh aka jadikan dia idola kita....
bukannya irihati pi bomoh dia ok!!!.... kekadang aku suka tgk orang yang cantik dan berpenampilan...tak salah kan kalo kita tatap orang cantik tanpa berkelip mata kan???...huhuhu...kerana kecantikan dan berpenampilan rapi dan segak..boleh melambangkan kejayaan seseorg...aku tak pulak nak kata orang tak cantik, tak leh berjaya...maksudnya di sini ialah..
cantik dari segi penjagaan wajah, penampilan, susun langkah dan tutur bahasa....ye le, bila kita berpenampilan kemas dan senyuman sentiasa di bibir pasti kita akan sentiasa bersemangat dan berkeyakinan dalam apa jua bidang yg kita ceburi...betul tak??..bos pun pasti suka kalo anak buah dia nampak kemas & segak...so tak salah kan kalo kita tiru orang itu untuk sudut yang positif??...
tapi...dalam semua apa yang aku lihat...aku perlu juga bersyukur dengan apa yang aku ada..dan akan sentiasa berusaha untuk mendapatkan hasil yang lebih baik....jadi diri sendiri dan tiru orang yang berjaya agar diri lebih bermakna, tak salah kan???...hehehehe....always think positive!!!...