Time: 8.30pm
Venue: Bayleaf steak house, Kuantan
5 Cara Tingkat Kesuburan (Pa&Ma, klik sini)
1. Turunkan berat badan
Anda atau suami yang mengalami masalah kegemukan perlu menurunkan berat badan apabila merancang untuk hamil. (tengah usahakan....sekurang-kurangya kembali kepada 55kg dalam masa 3 bulan ni)...
2. Rajin bersenam
Tingkatkan kekerapan melakukan aktiviti fizikal yang mudah seperti jogging, berenang dan lain-lain. (InsyaAllah, kayuh basikal yang tak bergerak tu, aci kan???)
3. Hadkan pengambilan kafein
Produk makanan dan minuman mengandungi kafein perlu dikurangkan kerana kafein yang banyak dalam darah mengurangkan penghasilan hormon prolaktin. (Yg ini secawan sehari, ok tak??)
4. Ambil makanan kaya mineral
Makanlah lebih banyak tiram, ikan sardin, udang, ayam dan daging tidak berlemak, keju, telur, beras merah dan sebagainya untuk meningkatkan penghasilan sperma. (ok, i will eat all these kind of foods, lagipun sekarang tgh ambik suplemen vit ACE, folic acid)
5. Elak makanan proses
Makanan yang diproses mengandungi kurang vitamin dan mineral tetapi tinggi kalori yang berisiko mengganggu tahap kesuburan. (ok...lupakan sardin dalam tin But mayo tuna dlm tin??..tak leh makan jugak le ye..)
p/s: thanks Pa&Ma...for this information..