Monday, June 11, 2012

Anak itu Amanah.................

Tengku Amirul Hazim adalah satu amanah daripada ALLAH SWT kepada kami......Tengku Amirul Hazim adalah milik ALLAH SWT sepenuhnya (100% hakNYA)...kami ini diberi amanah untuk menjaga, mendidik, menunjuk ajar dia ke arah kebaikan (iman, islam, ihsan)......menjaga 'Amanah' yang satu ini..besar tanggungjawabnya.........sebab itu dosa-dosa yang 'satu' ini...ditanggung oleh kami sehingga dia baligh...jika sudah baligh..kami perlu menegur tingkah laku yang pincang, kata-kata yang kurang sedap didengari...kerana jika tidak ditegur..jatuh dosa kepada kami juga..........memimpin 'Amanah' ini satu tugasan yang cukup berat kerana dia lahir dalam keadaan suci (bebas dosa)...dan semoga dia kembali kepada ALLAH SWT dalam keadaan suci jua...baru lah kami boleh digelar ibubapa yang berjaya...kerana berjaya memikul amanah yang diberikan oleh ALLAH SWT...kerana ibubapa lah yang akan membentuk perwatakan anak-anak...kesilapan ibu bapa boleh menyebabkan anak-anak menjurus ke arah kehinaan...Didikan agama perlu secukupnya atau selebih-lebihnya...pemerhatian yang sewajarnya perlu diberikan seketat-ketatnya.....tiada kompromi dalam didikan agama..kerana agama asas kepada kehidupan yang sebaik-baiknya............pada hari ini...anak-anak membesar dengan penuh cabaran..dugaan teknologi yang canggih...aku pernah dengar ceramah...betapa ibu bapa begitu berbangga sekiranya anak-anak diberi permainan ps3..game dalam smartphone...ke hulur ke hlir bersama gadget memasing............sudah kurang ibu bapa yang berbangga sekiranya anak-anak pandai mengaji al-quran..hafaz al-quran..........huhuhu...tersentak seketika bila aku dengar ceramah itu kerana hazim pun layan android aku (especially angry bird game)........huhuhu...aku jadi malu pada diri sendiri..............betapa alpanya aku sebagai seorang ibu.........dek kerana lalai, terlalu inginkan dunia...akhirat hampir dilupakan....jika kita terlalu kejar dunia, dunia akan lari daripada kita...jika kita kejar akhirat, dunia akan datang dekat (tunduk) kepada kita....pernah dengar tak ungkapan ini??............Sama-sama lah kita pikul Amanah ini sebaik mungkin sehingga kita berjaya membawa anak-anak kita ke arah jalan ALLAH SWT...tidak sekadar berjaya menghantar anak masuk universiti tetapi kita gagal memandu dia ke arah jalan ALLAH SWT.....