Tuesday, December 3, 2013

Kami Kembali....

Assalam...

wah..agak lama jugak aku tidak berblog...hampir setahun setengah aku menyepikan diri...angin malas melanda aku setahun yang lalu...masa tu kan tengah preggy...tu yg angin malas melanda-landa diri...Hari ini tertiba teringat blog yang sekian lama aku tinggalkan..dunia blog yang dipenuhi catatan perjalanan hidup kami sekeluarga terutamanya semasa kami hidup berjauhan tiga tahun yang lepas....InsyaAllah..mulai hari ini aku akan kembali aktif mencatat perjalanan hidup kami sekeluarga agar ia tidak luput sebegitu sahaja dan dapat dibaca oleh anak2 kami - Hazim & Hakim kemudian hari...InsyaAllah....

Keluarga kecil kami semasa bercuti di Bandung bulan Sept 2013...Sapu Lidi Restaurant...

Monday, June 11, 2012

Anak itu Amanah.................

Tengku Amirul Hazim adalah satu amanah daripada ALLAH SWT kepada kami......Tengku Amirul Hazim adalah milik ALLAH SWT sepenuhnya (100% hakNYA)...kami ini diberi amanah untuk menjaga, mendidik, menunjuk ajar dia ke arah kebaikan (iman, islam, ihsan)......menjaga 'Amanah' yang satu ini..besar tanggungjawabnya.........sebab itu dosa-dosa yang 'satu' ini...ditanggung oleh kami sehingga dia baligh...jika sudah baligh..kami perlu menegur tingkah laku yang pincang, kata-kata yang kurang sedap didengari...kerana jika tidak ditegur..jatuh dosa kepada kami juga..........memimpin 'Amanah' ini satu tugasan yang cukup berat kerana dia lahir dalam keadaan suci (bebas dosa)...dan semoga dia kembali kepada ALLAH SWT dalam keadaan suci jua...baru lah kami boleh digelar ibubapa yang berjaya...kerana berjaya memikul amanah yang diberikan oleh ALLAH SWT...kerana ibubapa lah yang akan membentuk perwatakan anak-anak...kesilapan ibu bapa boleh menyebabkan anak-anak menjurus ke arah kehinaan...Didikan agama perlu secukupnya atau selebih-lebihnya...pemerhatian yang sewajarnya perlu diberikan seketat-ketatnya.....tiada kompromi dalam didikan agama..kerana agama asas kepada kehidupan yang sebaik-baiknya............pada hari ini...anak-anak membesar dengan penuh cabaran..dugaan teknologi yang canggih...aku pernah dengar ceramah...betapa ibu bapa begitu berbangga sekiranya anak-anak diberi permainan ps3..game dalam smartphone...ke hulur ke hlir bersama gadget memasing............sudah kurang ibu bapa yang berbangga sekiranya anak-anak pandai mengaji al-quran..hafaz al-quran..........huhuhu...tersentak seketika bila aku dengar ceramah itu kerana hazim pun layan android aku (especially angry bird game)........huhuhu...aku jadi malu pada diri sendiri..............betapa alpanya aku sebagai seorang ibu.........dek kerana lalai, terlalu inginkan dunia...akhirat hampir dilupakan....jika kita terlalu kejar dunia, dunia akan lari daripada kita...jika kita kejar akhirat, dunia akan datang dekat (tunduk) kepada kita....pernah dengar tak ungkapan ini??............Sama-sama lah kita pikul Amanah ini sebaik mungkin sehingga kita berjaya membawa anak-anak kita ke arah jalan ALLAH SWT...tidak sekadar berjaya menghantar anak masuk universiti tetapi kita gagal memandu dia ke arah jalan ALLAH SWT.....

Monday, May 28, 2012

Salam Pagi....

Jarang-jarang aku update blog ini...saat ada mood menulis ni..meh le baca kejap...huhuhu........saja je nak berkongsi cerita ngn korang semua..cerita yang boleh kita sama-sama ambil iktibar..huhuhu..

Tghari semalam tgk melodi...ada le citer pasal Johan As'ari...Betul kata dia...Hubungan sesama manusia mmg perlu dijaga dengan sebaik-baiknya.................Berdosa dengan ALLAH SWT...insyaAllah..jika bertaubat dengan seikhlas hati...IsyaAllah..akan diampuniNYA...selagi pintu taubat terbuka luas untuk kita...kerana ALLAH SWT Maha Pengampun....TAPI...berdosa sesama manusia...memungkinkan dibawa hingga ke akhirat sekiranya tidak mendapat keampunan daripada manusia yang kita sakiti....Hubungan sesama manusia memang susah nak jaga....kekadang cara kita bercakap..tertinggi suara...salah bergurau senda...boleh menyebabkan seseorang manusia itu terasa kecil hati (terguris perasaan/ menimbulkan perasaan marah)...itu pun dah kira berdosa...walaupun mungkin kita anggap tiada apa-apa..sedangkan orang dah pun terasa hati dengan kita....sanggupkah kita bawa dosa kita itu ke akhirat walaupun ianya sebesar zarah sahaja........sebab itu..berdiam lebih baik daripada banyak berkata-kata...kerana kata-kata itu sebenarnya Berbisa jika tidak dijaga...Perlakuan antara manusia juga penting...kekadang kita terlalu alpa....sehingga kita lupa akan dosa kita dengan manusia lain........kekadang dalam keadaan amarah...pernah juga terkeluar kata-kata yang kurang elok masa memandu kereta...itu pun dah kira berdosa dengan orang kita sumpah seranah itu...lagi pulak kita tak kenal dengan orang itu..macamana kita nak minta maaf dengan dia???...Sebab itu aku katakan menjaga hubungan sesama manusia adalah sukar............Manusia mempunyai sifat suka pendam perasaan..kekadang sukar memaafkan orang lain jika dia sudah disakiti/ dizalimi/ dikecewakan............kita tidak sesempurna Nabi Muhammad SAW..............Hanya Allah Yang Maha Pengampun...manusia tidak..manusia rela tidak memaafkan.........jika dia telah disakiti/ dikecewakan...............

sama-sama lah kita jaga hubungan sesama manusia..jangan lah kita sakiti hati manusia walaupun dengan kata-kata..apatah lagi dengan perlakuan.....ingatlah..kita semua akan bertemu lagi di akhirat nanti...hari yang penuh dengan debaran dan hati bergetar-getar..........syurga kah?? neraka kah???...............

Wednesday, May 9, 2012

Renungan Bersama...


DERHAKA KEPADA IBUBAPA SEBABKAN PENYAKIT SOPAK DAN KUSTA

Mereka yang derhaka kepada ibubapa akan dibangkitkan dalam keadaan tubuh mereka dipenuhi dengan penyakit kudis dan penyakit –penyakit yang menjijikkan iaitu penyakit sopak dan kusta.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;
“ Sebesar-besar (daripada) dosa besar ialah menyekutukan ALLAH SWT, membunuh manusia, derhaka kepada kedua ibubapa, dan menjadi saksi palsu.”
                                                                                                                        (HR. Bukhari)

Perbuatan derhaka terhadap kedua ibubapa akan dibalas segera oleh ALLAH SWT di dunia ini. Rasulullah SAW bersabda;

“Tiap-tiap dosa itu ditangguhkan pembalasannya oleh ALLAH sesuai dengan kehendakNYA sampai hari kiamat, kecuali dosa kerana derhaka kepada kedua ibubapa. Sesungguhnya derhaka kepada kedua ibubapa disegerakan oleh ALLAH SWT. Pembalasannya kepada yang punya dosa di waktu dia masih hidup di dunia sebelum mati.”
                                                                                                                        (HR. at Thabrani)

Jika kita mentaati ibubapa kita, anak-anak kita akan taat kepada kita. Sebaliknya jika kita menderhaka kepada ibubapa, anak-anak kita akan derhaka kepada kita pula. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:

“Barangsiapa semasa paginya mendapat keredhaan ibubapa, nescaya dibukakan baginya semua pintu syurga. Sebaliknya jika semasa pagi lagi telah menyakiti hati ibubapa, nescaya akan dimasukkan ke dalam neraka.”

Rasulullah SAW bersabda;

“Hendaklah kamu pastikan anak-anakmu belajar agama dan hendaklah kamu baguskan akhlaknya.”Setiap anak yang dilahirkan itu bersih fitrahnya. Adalah menjadi tugas ibubapa untuk mencorakkan kehidupan anak-anak seterusnya samada untuk menjadikannya baik atau sebaliknya. Sabda Nabi SAW; “Semua anak yang dilahirkan ke dunia ini dalam keadaan yang suci bersih. Maka kesalahan ibubapalah menjadikan mereka Yahudi, Nasrani atau Majusi.”

Akhirnya, ingatlah pesan Nabi Muhammad SAW;

“Khabarkan berita gembira ini kepada mereka yang berbuat baik kepada ibubapa. Buatlah apa sahaja bahawasanya ALLAH SWT telah mengampuni mereka. Dan khabarkan berita buruk kepada mereka yang menderhakai ibubapa, buatlah seberapa banyak ibadat yang disukai, bahawasanya ALLH SWT tidak akan memberikan keampunan sedikitpun kepadanya.
“Ingatlah anak yang berbuat baik kepada ibubapa tidak akan masuk neraka. Dan anak yang derhaka kepada mereka tidak akan masuk syurga.”

(Sumber: Buku WAJAH-WAJAH DI AKHIRAT; Muhammad Umar Ghazali)

Nota: Amalan membaca surah al-wa’qiah pada malam hari dapat mengelak diri dan keluarga daripada kemiskinan.. Insya Allah…
                                                                                                                           

Wednesday, March 14, 2012

terasa mual...

al-maklum le..dah berapa tahun 'kosong'..tahun ini baru start preggy...terasa amat janggal dengan keadaan mual..loya nih...huhuhu...terasa macam ada sesuatu nak keluar je daripada tekak aku nih...tapi tak terkeluar jugak...huhuhu..........harapnya tak lama le ye... :) kalo lama-lama dgn keadaan begini..susah nak buat kerja nanti....huhuhu..kena kuat semangat sikit...

Wednesday, March 7, 2012

Finally...............

Sudah...5 weeks/ 6 days.............

Alhamdulillah....masih ada rezeki untuk kami sekeluarga....

Yang penting...USAHA, DOA, TAWAKKAl..& yang paling penting...SABAR....rezeki pasti ada buat kita sekiranya ia mmg telah ditentukan untuk kita....cuma cepat atau lambat je...setiap apa yang terjadi ada hikmahnya............cepat atau lambat..ada sebab2 yang terbaik untuk kita oleh DIA (ALLAH SWT)...............


SYUKUR...ALHAMDULILLAH..................

Wednesday, February 15, 2012

Kacang Pool....at tirai ratus restaurant..

salam pagi,

Siapa pernah makan kacang pool???...selama ini hanya dengar nama makanan ini..pernah dengar cerita daripada Dr. Rozita...pernah dengar dia nak cari resepi & nak masak...tapi aku tak pernah pulak terpikir nak makan..pasal kat kuantan nih mmg sah le takde kan...so itu pasal le tak berharap sangat...so last weekend, oleh kerana dah dok round sekitar shah alam..google tpt menarik untuk lunch di sekitar shah alam...terjumpa le restoran tirai ratus..tak silap kat sek. 3 shah alam..mula tu sesat jugak sebelum sampai situ...hehehe....sesat aja...

so menu lunch kami...beriani lamb, mee bandung muar, kacang pool....boleh tahan jugak rasa kacang pool nih...makan ngn roti & ada sebijik telur mata kerbau...huhuhu...licin dihabiskan oleh hazim...sedap le tuh...kalo tidak mana mungkin boleh layan makan sampai licin...hehehe... thumb up for u my dear boy!!!....

ini kacang pool saya...
sedap bila dicicah bersama roti....