Wednesday, May 9, 2012

Renungan Bersama...


DERHAKA KEPADA IBUBAPA SEBABKAN PENYAKIT SOPAK DAN KUSTA

Mereka yang derhaka kepada ibubapa akan dibangkitkan dalam keadaan tubuh mereka dipenuhi dengan penyakit kudis dan penyakit –penyakit yang menjijikkan iaitu penyakit sopak dan kusta.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;
“ Sebesar-besar (daripada) dosa besar ialah menyekutukan ALLAH SWT, membunuh manusia, derhaka kepada kedua ibubapa, dan menjadi saksi palsu.”
                                                                                                                        (HR. Bukhari)

Perbuatan derhaka terhadap kedua ibubapa akan dibalas segera oleh ALLAH SWT di dunia ini. Rasulullah SAW bersabda;

“Tiap-tiap dosa itu ditangguhkan pembalasannya oleh ALLAH sesuai dengan kehendakNYA sampai hari kiamat, kecuali dosa kerana derhaka kepada kedua ibubapa. Sesungguhnya derhaka kepada kedua ibubapa disegerakan oleh ALLAH SWT. Pembalasannya kepada yang punya dosa di waktu dia masih hidup di dunia sebelum mati.”
                                                                                                                        (HR. at Thabrani)

Jika kita mentaati ibubapa kita, anak-anak kita akan taat kepada kita. Sebaliknya jika kita menderhaka kepada ibubapa, anak-anak kita akan derhaka kepada kita pula. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:

“Barangsiapa semasa paginya mendapat keredhaan ibubapa, nescaya dibukakan baginya semua pintu syurga. Sebaliknya jika semasa pagi lagi telah menyakiti hati ibubapa, nescaya akan dimasukkan ke dalam neraka.”

Rasulullah SAW bersabda;

“Hendaklah kamu pastikan anak-anakmu belajar agama dan hendaklah kamu baguskan akhlaknya.”Setiap anak yang dilahirkan itu bersih fitrahnya. Adalah menjadi tugas ibubapa untuk mencorakkan kehidupan anak-anak seterusnya samada untuk menjadikannya baik atau sebaliknya. Sabda Nabi SAW; “Semua anak yang dilahirkan ke dunia ini dalam keadaan yang suci bersih. Maka kesalahan ibubapalah menjadikan mereka Yahudi, Nasrani atau Majusi.”

Akhirnya, ingatlah pesan Nabi Muhammad SAW;

“Khabarkan berita gembira ini kepada mereka yang berbuat baik kepada ibubapa. Buatlah apa sahaja bahawasanya ALLAH SWT telah mengampuni mereka. Dan khabarkan berita buruk kepada mereka yang menderhakai ibubapa, buatlah seberapa banyak ibadat yang disukai, bahawasanya ALLH SWT tidak akan memberikan keampunan sedikitpun kepadanya.
“Ingatlah anak yang berbuat baik kepada ibubapa tidak akan masuk neraka. Dan anak yang derhaka kepada mereka tidak akan masuk syurga.”

(Sumber: Buku WAJAH-WAJAH DI AKHIRAT; Muhammad Umar Ghazali)

Nota: Amalan membaca surah al-wa’qiah pada malam hari dapat mengelak diri dan keluarga daripada kemiskinan.. Insya Allah…
                                                                                                                           

No comments:

Post a Comment