Jarang-jarang aku update blog ini...saat ada mood menulis ni..meh le baca kejap...huhuhu........saja je nak berkongsi cerita ngn korang semua..cerita yang boleh kita sama-sama ambil iktibar..huhuhu..
Tghari semalam tgk melodi...ada le citer pasal Johan As'ari...Betul kata dia...Hubungan sesama manusia mmg perlu dijaga dengan sebaik-baiknya.................Berdosa dengan ALLAH SWT...insyaAllah..jika bertaubat dengan seikhlas hati...IsyaAllah..akan diampuniNYA...selagi pintu taubat terbuka luas untuk kita...kerana ALLAH SWT Maha Pengampun....TAPI...berdosa sesama manusia...memungkinkan dibawa hingga ke akhirat sekiranya tidak mendapat keampunan daripada manusia yang kita sakiti....Hubungan sesama manusia memang susah nak jaga....kekadang cara kita bercakap..tertinggi suara...salah bergurau senda...boleh menyebabkan seseorang manusia itu terasa kecil hati (terguris perasaan/ menimbulkan perasaan marah)...itu pun dah kira berdosa...walaupun mungkin kita anggap tiada apa-apa..sedangkan orang dah pun terasa hati dengan kita....sanggupkah kita bawa dosa kita itu ke akhirat walaupun ianya sebesar zarah sahaja........sebab itu..berdiam lebih baik daripada banyak berkata-kata...kerana kata-kata itu sebenarnya Berbisa jika tidak dijaga...Perlakuan antara manusia juga penting...kekadang kita terlalu alpa....sehingga kita lupa akan dosa kita dengan manusia lain........kekadang dalam keadaan amarah...pernah juga terkeluar kata-kata yang kurang elok masa memandu kereta...itu pun dah kira berdosa dengan orang kita sumpah seranah itu...lagi pulak kita tak kenal dengan orang itu..macamana kita nak minta maaf dengan dia???...Sebab itu aku katakan menjaga hubungan sesama manusia adalah sukar............Manusia mempunyai sifat suka pendam perasaan..kekadang sukar memaafkan orang lain jika dia sudah disakiti/ dizalimi/ dikecewakan............kita tidak sesempurna Nabi Muhammad SAW..............Hanya Allah Yang Maha Pengampun...manusia tidak..manusia rela tidak memaafkan.........jika dia telah disakiti/ dikecewakan...............
sama-sama lah kita jaga hubungan sesama manusia..jangan lah kita sakiti hati manusia walaupun dengan kata-kata..apatah lagi dengan perlakuan.....ingatlah..kita semua akan bertemu lagi di akhirat nanti...hari yang penuh dengan debaran dan hati bergetar-getar..........syurga kah?? neraka kah???...............
Monday, May 28, 2012
Wednesday, May 9, 2012
Renungan Bersama...
DERHAKA KEPADA
IBUBAPA SEBABKAN PENYAKIT SOPAK DAN KUSTA
Mereka yang derhaka kepada
ibubapa akan dibangkitkan dalam keadaan tubuh mereka dipenuhi dengan penyakit
kudis dan penyakit –penyakit yang menjijikkan iaitu penyakit sopak dan kusta.
Sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud;
“
Sebesar-besar (daripada) dosa besar ialah menyekutukan ALLAH SWT, membunuh
manusia, derhaka kepada kedua ibubapa, dan menjadi saksi palsu.”
(HR.
Bukhari)
Perbuatan derhaka terhadap
kedua ibubapa akan dibalas segera oleh ALLAH SWT di dunia ini. Rasulullah SAW bersabda;
“Tiap-tiap
dosa itu ditangguhkan pembalasannya oleh ALLAH sesuai dengan kehendakNYA sampai
hari kiamat, kecuali dosa kerana derhaka kepada kedua ibubapa. Sesungguhnya
derhaka kepada kedua ibubapa disegerakan oleh ALLAH SWT. Pembalasannya kepada
yang punya dosa di waktu dia masih hidup di dunia sebelum mati.”
(HR.
at Thabrani)
Jika kita mentaati ibubapa
kita, anak-anak kita akan taat kepada kita. Sebaliknya jika kita menderhaka
kepada ibubapa, anak-anak kita akan derhaka kepada kita pula. Nabi Muhammad SAW
pernah bersabda:
“Barangsiapa
semasa paginya mendapat keredhaan ibubapa, nescaya dibukakan baginya semua
pintu syurga. Sebaliknya jika semasa pagi lagi telah menyakiti hati ibubapa,
nescaya akan dimasukkan ke dalam neraka.”
Rasulullah
SAW bersabda;
“Hendaklah
kamu pastikan anak-anakmu belajar agama dan hendaklah kamu baguskan akhlaknya.”Setiap
anak yang dilahirkan itu bersih fitrahnya. Adalah menjadi tugas ibubapa untuk
mencorakkan kehidupan anak-anak seterusnya samada untuk menjadikannya baik atau
sebaliknya. Sabda Nabi SAW; “Semua anak yang dilahirkan ke dunia ini dalam
keadaan yang suci bersih. Maka kesalahan ibubapalah menjadikan mereka Yahudi,
Nasrani atau Majusi.”
Akhirnya,
ingatlah pesan Nabi Muhammad SAW;
“Khabarkan
berita gembira ini kepada mereka yang berbuat baik kepada ibubapa. Buatlah apa
sahaja bahawasanya ALLAH SWT telah mengampuni mereka. Dan khabarkan berita
buruk kepada mereka yang menderhakai ibubapa, buatlah seberapa banyak ibadat
yang disukai, bahawasanya ALLH SWT tidak akan memberikan keampunan sedikitpun
kepadanya.
“Ingatlah
anak yang berbuat baik kepada ibubapa tidak akan masuk neraka. Dan anak yang
derhaka kepada mereka tidak akan masuk syurga.”
(Sumber: Buku WAJAH-WAJAH DI AKHIRAT;
Muhammad Umar Ghazali)
Nota:
Amalan membaca surah al-wa’qiah pada malam hari dapat mengelak diri dan
keluarga daripada kemiskinan.. Insya Allah…
Subscribe to:
Posts (Atom)