Thursday, August 18, 2011

Di Bulan Ramadhan ~sharing is caring~

salam,

mungkin ada di antara kita mengetahui atau ada yang terlupa seketika akan peristiwa yang berlaku semasa Rasullulah SAW diangkatkan ke langit bersama-sama malaikat jibrail....tak silap aku peristiwa israk mikraj...aku skrg tgh baca buku bertajuk 'Fajar di Hujung Malam' hasil nurkilan Hasan Ali..berkisahkan riwayat hidup Nabi Muhammad S.A.W.,

Antara apa yang Rasullulah SAW saksikan pada malam itu ialah:

1) Sebuah ladang yang mengeluarkan hasil yang banyak dan ada manusia sedang memungut hasil itu.Yang anehnya setiap kali hasil itu diambil, ia akan berbuah lagi dengan banyaknya.

- (inilah kumpulan orang yang berjihad fisabilillah, pahalanya 700 kali ganda. Rezekinya sentiasa bertambah-tambah)

2) Sekumpulan manusia yang menghempas kepalanya dengan batu sehingga pecah, kemudian setelah sembuh, dipecahkan lagi kepalanya.

- (inilah orang2 yang malas menunaikan fardu solat, tanpa bersyukur nikmat ALLAH SWT)

3) Sekumpulan manusia yang berpakaian koyak rabak bertindak sebagai binatang ternakan, memakan pohon berduri, daun2 pahit dan batu2 panas.

- ( inilah orang2 yang tidak pernah mengeluarkan zakat harta-bendanya)

4) Sekumpulan manusia yang dihidangkan dua jenis daging. Satu yg dimasak dgn baik, satu lagi daging mentah dan busuk, tetapi org2 ini memilih makanan daging mentah dan busuk.

- (inilah orang lelaki atau perempuan yang mempunyai isteri atau suami yang halal, tetapi mereka masih suka meniduri lelaki atau perempuan yang jahat)

5) Nabi Muhammad SAW juga melihat orang-orang yang mengunting lidah dan bibirnya dengan penyepit besi. Selepas digunting, lidahnya dan bibirnya bercantum semula, kemudian mereka menggunting lagi.

- (inilah orang2 yang suka membawa fitnah)

dan banyak lagi hal yg ajaib yang dilihat oleh Nabi Muhammad SAW.....

Malam itu Rasulullah mendapat perintah daripada Rabbul Jalil mengamalkan 50 solat sehari semalam..sehingga lah dikurangkan kpd 5 kali sehari semalam....

Bacaan buku ini sedikit sebanyak menginsafkan aku...betapa kerdilnya kita di dunia ini...dunia ini hanyalah persinggahan....tempat yang nyata adalah alam akhirat...syurga kah?? neraka kah???...tepuk dada tanya iman....

Friday, August 12, 2011

Aku Berhibernasi??.. Why Ye???...

HeHeHe...Berhibernasi???...hehehe..maksudnya dah lama blog ni bersawang n tak ber'update'...pasal apa ye??..


Pasal ini le.....hehehe..........


hehehe..pasal mood menjahit manik melebihi mood berblogging...huhuhu..nak raya punya pasal..kerje aku jahit manik le..utk baju sendiri ye...ini kes jimat tau...baru keluarkan duit utk beli manik n labuci je..kos mengupah sudah boleh dijimatkan..huhuhu......tapi kan yang tak bestnya, tghari semalam, hubby bagtau..raya ketiga baru kami berpeluang raya kat kampung..pasal hubby kena 2nd leave this year..start 1sept, end 7sept..kami beraya lama kat kg le...habiskan puasa kat kuantan....huhuhu..raya pertama n kedua kat kuantan le tahun ini bertiga sahaja...ini pertama kali beraya di perantauan...huhuhu....sedis sedis.....

Friday, August 5, 2011

D & G EAU DE TOILETTE

surprise!!!..for my dear hubby.......

10 LA ROUE DE LA FORTUNE