Thursday, July 21, 2011

Kecuaian yg tidak dapat dimaafkan...

mesti korang pun tahu berita ini kan??..memang menyayat hati setiap ibu yang mempunyai anak kecil..malang yang menimpa adik haziq mmg mencetus perasaan marah yang teramat sangat kepada pemandu van taska yg berumur 50-an itu...kecuaian yang mungkin selalu diamalkannya itu..menyebabkan perkara buruk berlaku kepada adik haziq..Ya Allah, mmg tidak dapat aku bayangkan kesakitan yang ditanggung oleh adik haziq ini...aku harap pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya ke atas pemandu van itu..supaya ianya menjadi pengajaran kepada pemandu van yang lain supaya tidak cuai!!!...tidak lalai!!..memandu dgn penuh hemah!!!...kerana anda membawa anak2 orang...jaga le keselamatan anak orang seperti mana anda menjaga keselamatan anak anda sendiri!!!...


Beg galas tersangkut dipintu ketika pulang taska

IPOH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun cedera parah di kepala, perut dan tangan kiri selepas diseret kira-kira 100 meter oleh van dinaikinya ketika dalam perjalanan pulang dari pusat asuhan di Bandar Baru Putra, Bercham dekat sini, kelmarin.

Kejadian jam 11.30 pagi itu dipercayai berlaku selepas pemandu van berusia 50-an meneruskan perjalanan selepas menghantar mangsa pulang dari pusat asuhan tanpa menyedari beg galas kanak-kanak berkenaan tersangkut pada pintu kenderaannya.

Akibatnya, Muhammad Haziq Aqasha Muhamad terseret kira-kira 100 meter dan van itu hanya berhenti selepas ditahan seorang wanita yang terdengar jeritan mangsa dari jauh sebelum melihat anak bongsu daripada dua beradik itu berada di bahagian tengah bawah kenderaan.

Pemandu van itu yang juga guru di pusat asuhan mangsa kemudian menghantar anak pasangan Muhamad Sazali, 30, dan Norazaliza Alwi, 31, ke Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan sebelum dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Jurucakap polis mengesahkan menerima laporan bapa mangsa mengenai insiden itu dan siasatan sedang dilakukan bagi mengenalpasti punca kejadian.

Katanya, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala, perut dan tangan kiri termasuk kulit kepalanya terkoyak sehingga menampakkan tempurung.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Perak, Datuk Mohamad Zahir Khalid, mahu siasatan lengkap dibuat.

"Ia insiden serius. Saya akan melawat mangsa dan bertemu ibu bapanya bagi mendapatkan butiran terperinci kejadian," katanya.


p/s: ayat; tanpa menyedari beg galas kanak-kanak berkenaan tersangkut pada pintu kenderaannya...menunjukkan kecuaian yang berlaku....

4 comments:

  1. giler tul la pemandu tu..geramnya..mmg cuai..sengal..

    ReplyDelete
  2. rasanya pemandu tu pun tak nak jadi benda gitu shila.bukan nak back up die....sbb sy tgk pemandu van sini siap turun tlg buka pintu lepas tu tutup baru naik dan drive.ada hari die tak prasan mungkin tali beg tersangkut kat pintu lepas tutup...dan menyebabkan kematian budak tu.mana tahu.,kcli mmg die dari dulu jenis dah sampai umah..hah,ngko turun sndri.pepndai tutup pintu..tu mmmg jenis bengong.mmg wajar kene hukum..
    tau adik zura???meninggal sebab kene pijak kat van skolah???sbb beg die jatuh dan van undur tak nampak dia.TAK PRASAN dia still kat blkg van.
    mati tu pasti (hmm...berat je rasa) cara je y kadang menyakitkan hati...pendapat saya la

    ReplyDelete
  3. fara: tu le pasal..mmg sakit hati dgr berita ni..adik haziq tu umur dia lbh kurang umur anak kita kan..tu yg sedis dgr berita nih...masih kecil utk menilai sesuatu..moga ibu ayah dia tabah menghadapi dugaan ini...

    ReplyDelete
  4. she: kalo pemandu tu keluar tolong buka n tutupkan pintu van, mesti le dia akan perasan n nampak yang beg galas tersangkut dipintu van..lagipun adik haziq ni masih dalam rawatan..semoga dia cepat sembuh n sihat..dan semoga Allah SWT kuatkan semangat dia untuk cepat sembuh n sihat..amin..

    ReplyDelete