Thursday, January 14, 2010

pedoman di pagi hari..

pagi ini sebelum mama wat n3 pasal hazim...mama nak masukkan n3 ni dulu..sebagai pedoman hidup kita di dunia ini..mama nak share ngn kawan2 mama...semoga hidup kita lebih diberkatiNya dan diredha oleh ALLAH SWT...amin....

petikan ini mama dapat thru email...mari kita sama2 membaca n menghayatinya..petikan ni pnjng skit ye..baca sampai abis ye....

Bersyukur....


Harta sama ada sedikit atau banyak adalah ujian daripada Allah untuk

Allah melihat siapakah hamba-Nya yang sabar dan bersyukur.
Karta atau rezeki yang kita perolehiwalaupun sedikit atau banyak,
hendaklah kita bersyukur kepada-Nya
 
Firman Allah swt bermaksud:
 “Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu,

dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta,
jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada
orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila
ditimpa musibah, mereka mengucapkan:
“Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun”. Mereka itulah yang
mendapat keberkahan yang sempurna dan rahmat dari Rabb
mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.
(QS. al-Baqarah: 155-157),
 
Sesetengah manusia tidak mendapat kesemua yang diimpikannya walaupun

telah banyak berusaha untuk mendapatkannya.
Ini adalah kerana Allah masih
menyayangi seseorang itu. Allah lebih mengetahui keadaan seseorang itu, di mana
jika Allah memberikan kesemua yang dikehendakinya, orang itu pasti akan
bertindak melampaui batas.
 
Firman Allah swt bermaksud:
"Dan  jikalau Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hamba-Nya

tentulah mereka akan melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah
menurunkan apa yang dikehendaki-Nya dengan ukuran.
Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui (keadaan) hamba-hamba- Nya
Lagi Maha Melihat." (Surah Asy-Syura, ayat 27)


Mendapat kurniaan harta atau rezeki yang banyak adalah ujian dari Allah,

di mana Allah ingin melihat sejauh manakah ia bersyukur dengan
nikmat harta tersebut.

Firman Allah swt maksudnya: “Dan ketahuilah, bahawa hartamu dan anakmu itu hanya sebagai cubaan dan sesungguhnya pada sisi Allahlah pahala yang besar.”

(Surah al-Anfal: ayat 28)

Seseorang yang dikurniakan harta kekayaan, sebagai tanda ia bersyukur kepada Allah, sepatutnya ia menggunakan harta tersebut pada perkara-perkara yang berkebajikan, seperti menolong dan membantu fakir miskin, mengeluarkan derma untuk membangun masjid atau sekolah, menolong anak-anak yatim dan orang miskin, memberi belanja atau nafkah tanggungan-tanggungan yang wajib ditunaikannya dan sebagainya. Orang yang bersyukur juga, semakin rajin mendirikan solat, dan lidahnya sentiasa menyebut nama Allah kerana berterima kasih kepada-Nya.

Firman Allah swt:

“Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.” (Surah al-Kauthar, ayat 1-2)

Rasulullah dalam kehidupannya tidak pernah meninggalkan solat malam kerana bersyukur kepada nikmat Allah, sehingga telapak kaki baginda bengkak-bengkak. Saat 'Aisyah ra bertanya, “Bukankah dosa engkau yang telah lalu dan yang akan datang telah diampuni oleh Allah?" Maka Rasulullah saw menjawab, "Tidakkah aku menjadi seorang hamba yang banyak bersyukur?" (HR Muslim).

Walau bagaimanapun, jumlah bilangan mereka yang bersyukur dan pemurah adalah terhad, kebanyakannya apabila semakin banyak harta, semakin bakhil dan kedekut, semakin jauh dari masjid dan semakin jauh dari mengingati Allah.

Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Al-Imam At-Tirmidzi yang bermaksud :

"Sesungguhnya bagi setiap umat itu mempunyai ujian dan ujian bagi umatku adalah harta kekayaan."

Sabda Nabi saw yang diriwayatkan oleh Al-Imam Bukhari yang bermaksud :

"Akan datang suatu zaman atas umatku, bahawa mereka sangat sukakan lima perkara dan melupakan lima perkara yang berlainan dengannya, iaitu mereka yang sukakan penghidupan, lalu melupakan mati, mereka sukakan dunia dan melupakan akhirat, mereka sukakan harta kekayaan dan melupakan hari penghitungan, mereka sukakan rumah besar dan melupakan kubur serta mereka sukakan manusia dan melupakan tuhan Penciptanya."

Dalam al-Quran, Allah memperingatkan kita supaya tidak lalai dengan nikmat harta yang diberikan-Nya.

Firman Allah swt maksudnya: ”Hai orang beriman, janganlah hartamu dan anakmu melalaikan kamu daripada mengingat Allah. Barang siapa yang berbuat demikian, maka mereka itulah orang yang rugi.” (Surah al-Munafiqun: ayat 9)

Ingatlah, orang yang tidak bersyukur atau lalai dengan harta kekayaan atau kedudukannya yang diperolehinya, sehingga ia semakin jauh dari Allah akan mendapat azab dari Allah sama ada di dunia atau di akhirat, misalnya apa yang berlaku ke atas Qarun. Apabila Qarun ditanya oleh kaumnya tentang kejayaannya, dengan penuh 'ujub, sombong dan takabbur ia berkata, "Semua ini aku dapatkan semata-mata karena ilmu pengetahuanku" (Al-Qashash: 78). Karena itulah ia diazab oleh Allah, dengan dirinya, harta dan istananya ditenggelamkan ke dalam bumi.

Oleh itu, bersyukurlah dengan apa yang Allah anugerahkan kepada kita, lebih-lebih lagi jika mendapat rezeki / harta yang lebih.

Firman Allah swt: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni'mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." ( Ibrahim: 7).


No comments:

Post a Comment