Thursday, April 23, 2009

hazim dan gigi barunya...

nak update citer pasal hazim hari ni..heeee...gigi hazim dah tumbuh..satu batang..heee...tp belum tumbuh sepenuhnya..mama kena rasa ngn jari...then baru le tau yng hazim bakal dpt satu btg gigi kacip bawah...heeee.....anak mama makin membesar..dan mama makin berusia le nampaknya...huhuhu...setiap tahun mama menghitung usia hazim n umur mama gak...huhuhu..


p/s: mama sertakan sedikit info pasal gigi kanak-kanak:

Gigi kanak-kanak mulai dibentuk sebelum dilahirkan. Sebaik sahaja bayi berumur 4 bulan, gigi susu yang pertama bercambah keluar adalah gigi kacip tengah bawah dan dikuti dengan gigi kacip tengah atas. Walaupun kesemua 20 batang keluar pada umur 3 tahun, bila dan aturan jenis gigi yang bercambah keluar adalah tidak sama.

Penjagaan oral mestilah bermula selepas bayi dilahirkan. Gusi bayi mestilah dicuci selepas setiap penyusuan. Anda boleh mula memberus gigi anak anda sebaik sahaja selepas gigi susu mulai keluar.

Gigi kekal mulai keluar pada umur 6 tahun dan ia bermula dengan gigi-gigi geraham pertama dan gigi kacip pusat bawah. Proses ini berterusan sehingga umur 21 tahun.

Orang-orang dewasa mempunyai 28 batang gigi kekal atau sampai ke 32 batang termasuk gigi geraham ketiga (gigi arif)

Selalu bersihkan gusi bayi anda selepas setiap penyusuan
Lapkan gusi-gusi dengan sekeping kain yang basah dan bersih atau dengan sekeping kain kasa. Ibubapa-ibubapa haruslah memberus gigi kanak-kanak setiap hari dengan pemberus gigi lembut yang telah dibasahkan dan dengan ubat gigi berfluorid sebesar sebiji kacang. Buat perjumpaan dengan doktor gigi apabila bayi berumur di antara 6 –12 tahun. Beruskan gigi sekurang-kurangnya satu kali sehari atau seperti yang diarahkan oleh doktor gigi. Jangan menelan- guna tidak melebihi dari sebiji kacang untuk kanak-kanak di bawah umur 6 tahun

Jika anda harus memberi susu kepada anak anda sebelum tidur, masukkan air dalam botol susu sahaja dan bukan susu, jus atau formula. Ini akan menghalang "mulut botol penyusuan".


2 comments:

  1. shila, gud info u have here. zara gigi dh masuk 6 btg, tp still tak tau care betul nak bersihkan gigi die. n selalunye after menyusu pon tk pernah berusaha nak lap gusi die tu. isk..isk..silap cara ni. nampaknye pas ni kena cari berus n ubat gigi yg sesuaila.dh kena start ajar zara berus gigi.

    p/s: congrats to hazim dh tumbuh gigi. hazim dh nak membesar yek..

    ReplyDelete
  2. mmmm...cepat pi cari berus gigi n ubat gigi khas utk bby 1 yr...kita kena train anak kita awal2..supaya diaorg dah terbiasa nnti kan...

    ReplyDelete