Saturday, May 7, 2011

Diet untuk bakal bapa....

selama ini aku lebih 'concern' pasal diet yang perlu bakal-bakal ibu titikberatkan jika nak mengandung...sebenarnya..kaum bapa pun perlu menitikberatkan bab pemakanan juga dalam membantu bakal-bakal ibu...huhuhu..info ini aku dapat daripada laman web biodex....mmm...ini diantara info yang boleh kita berkongsi sama....dan kalo nak info yang lebih lanjut boleh le melawat ke sini...

1) Diet harian anda hendaklah seimbang dan terdiri dari pelbagai jenis sayuran dan
buah-buahan

2) Banyakkan mengambil makanan yang kaya dengan vitamin C dan yang mengandungi
antioksidan. Nutrien ini dapat membantu mengelakkan sperma dari cacat dan membantu
meningkatkan tahap motiliti nya. (pergerakan). Segelas jus oren segar yang mengandungi
124 mg vitamin C sudah mencukupi dalam sehari. Sekiranya anda seorang perokok,
minumlah lebih dari segelas jus oren segar.

3) Dapatkan zinc yang cukup. Beberapa kajian menunjukkan walaupun hanya kekurangan
sedikit zinc boleh mengurangkan kualiti air mani dan menurunkan level testosterone. Cara
yang terbaik ialah dengan mengambil makanan laut seperti tiram, kerang dan daging lembu.

4) Tambahkan kalsium dan vitamin D. Dengan minum banyak susu dan yogurt dapat
membantu anda untuk meningkatkan kesuburan kelelakian anda.

TIP untuk kehamilan...ini pun penting gak....ELAKKAN TEKANAN/STRESS....kena lebih menikmati hubungan mesra.....dan BERDOA SERTA BERTAWAKAL....AMIN.....

No comments:

Post a Comment