Monday, October 10, 2011

Hidup Ini...............

Hidup ini umpama roda.......kejap kita kat atas...kejap kita kat bawah.......

Hidup aku ini sememangnya belum selengkapnya lagi...Tapi aku pernah mengalami saat-saat semasa berada di bawah...kisahnya pada awal tahun 2005...........di saat aku berada tahun ketiga pengajian di upm......Bapa yang di kasihi terbabit dalam kemalangan ngeri...yg menyebabkan dia mengalami left leg amputation.........saat itu aku rasakan betapa gelapnya dunia ini..saat itu aku menangis menyalahkan takdir...betapa tidak adilnya takdir kerana mengambil sesuatu yang tidak perlu diambilnya.....kerana bapa dikasihi adalah tunggak keluarga kami...left leg amputation maknanya hilang upaya kekal.........kena pakai kaki palsu or tongkat..Susah untuk bekerja....tapi bapa aku lebih senang dengan tongkat sebab kaki palsu berat katanya....sukar ditampung dan tak stabil........Tapi bila difikir, dikaji...Hari ini, Saat ini.......betapa bertuahnya aku.........Kenapa Allah SWT memilih keluarga kami dengan DugaanNya yang amat berat ini.......baru aku sedar betapa bertuahnya aku............Kini bapa yang aku kasihi.......lebih senang duduk di rumah..berehat awal...berbekalkan duit bulanan perkeso dan bantuan ATM...bermain-main dgn cucu.....Allah SWT takdirkan sebegitu..kerana sudah masanya Bapa ku berehat..Memandu tetap memandu..lagipun sekarang kereta auto menjadi pilihan orang ramai kan??..kalo le dia masih sempurna, saat ini mungkin dia masih bekerja......Aku mungkin bukan aku yang seperti hari ini.........Siapakah aku saat ini jika semua ini tidak berlaku????............Jadinya..setiap apa yang Allah SWT tentukan kepada kita pada hari ini..sebenarnya berhikmah..sebenarnya penentu untuk hari esok..Sesungguhnya DIA tak bagi kesusahan kepada kita melainkan terdapat hikmah yang terbaik buat kita...Percayalah....kita kena percaya kepada rukun imam yang ke enam..Percaya kepada Qadak dan Qadar...baru le hati kita akan sentiasa tenang.............

Buat Ibu dan ayah...Pengorbananmu tidak dapat ku balas walaupun segunung emas ku limpahkan di kaki kalian......Hanya Allah SWT yang dapat membalasnya...Ku doakan Moga Kalian ditempatkan di kalangan orang yang beriman..di kalangan orang2 yang dirahmati serta dikasihi olehNYA...amin amin amin....

1 comment:

  1. betul tue..setiap kejadian pasti ada hikmah. Sebab ALLAH dah tentukan hidup kita mcm ne.. sbb tuelah dia buat mcm tue.

    ReplyDelete